Kisah Seram


Gambar Suasana Sungai Gangga Yang Menyeramkan



Gambar Suasana Sungai Gangga Yang Menyeramkan | Saranan pertama  jangan tengok kalau tidak berani  Gulp. Saya akan post beberapa gambar sahaja.

Bila sebut nama Sungai Gangga mesti ramai yang sudah tahu dimana Sungai Gangga tersebut. Kadang-kadang dalam filem Tamil atau Hindustan, pelakon akan berlakon disini.

Bagi pemahaman penganut Hindu, mereka percaya bahawa jika mandi di sungai Gangga pada saat yang tepat akan memperoleh pengampunan dosa dan memudahkan seseorang untuk mendapat keselamatan.

Banyak orang percaya bahawa hasil tersebut didapatkan dengan mandi di sungai Gangga pada waktu-waktu tertentu. Orang-orang dalam perjalanan dari tempat yang jauh datang untuk mencelupkan abu dari jenazah anggota keluarga mereka ke dalam air sungai Gangga, pencelupan itu dipercayai sebagai jasa untuk menghantarkan abu tersebut menuju ke syurga.







-------------------------------------------------------------------------------------------------

 100 Kubur Digali Untuk Upacara Voodoo



100 Kubur Digali Untuk Upacara Voodoo | COTONOU (Benin): Lebih 100 kubur di sebuah tanah perkuburan digali sejak 24 November lalu, disyaki ada kaitan dengan perdagangan haram organ manusia untuk sihir atau voodoo. Jurucakap polis berkata, insiden berkenaan adalah paling serius pernah berlaku di Afrika Barat. 

Katanya, pihak berkuasa di Dangbo sebuah kampung terletak kira-kira 10 kilometer dari ibu negara Benin, Porto-Novo - menjalankan siasatan selepas pekerja tanah perkuburan terserempak dengan beberapa lelaki bertopeng menggali kubur.

Pengarah tanah perkuburan itu, Joseph Afaton, berkata pencerobohan kubur berkait dengan wang. “Ia digunakan sebagai korban atau sihir,” katanya. 

Anggota badan manusia dan sesetengah haiwan menjadi buruan beberapa kumpulan penduduk di tengah Afrika kerana dipercayai memiliki kuasa luar biasa. Pedagang haram organ manusia biasanya memperoleh bekalan daripada perompak kubur, tetapi beberapa pembunuhan baru-baru ini turut dikaitkan dengan aktiviti itu. - Reuters


---------------------------------------------------------------------------------------------------

Misteri Beberapa Buah Kenderaan Bergerak 

Sendiri




Misteri Beberapa Buah Kenderaan Bergerak Sendiri | BANYUMAS, Indonesia - Fenomena kenderaan bergerak sendiri walaupun enjin sudah dimatikan berlaku di Jawa Tengah, lapor beberapa buah akhbar dan laporan stesen televisyen semalam.

Keajaiban alam itu berlaku di sebuah kawasan dikenali dengan nama Jabal Magnet di sini.

Stesen televisyen tempatan, Metrotvnews.com, melaporkan kawasan tersebut terletak di Jalan Raya Desa Limpakuwus, Banyumas.

Tinjauan oleh stesen televisyen berkenaan di lokasi semalam mendapati kereta tersebut mampu bergerak sendiri sejauh 50 meter dengan kelajuan 10 kilometer sejam.

Kejadian luar biasa itu disaksikan beratus-ratus penduduk setempat, malah ada yang membawa kenderaan untuk menguji sendiri kesahihan fenomena tersebut.

Satu pasukan ahli geologi Indonesia turut tiba di lokasi berkenaan untuk melakukan pemeriksaan.

Ujian awal oleh pasukan ahli geologi Universiti Jeneral Sudirman Purwokerto gagal menemui medan magnet di bukit itu.

Namun, mereka mengesahkan batu-batan di sekitar lokasi itu mempunyai kandungan magnet yang agak tinggi.

Setelah ujian seterusnya yang melibatkan alat pengukur ketinggian dilakukan, pakar-pakar geologi berkenaan menyatakan, fenomena tersebut dipercayai berlaku kerana bentuk muka bumi sekitarnya yang berbukit.

Bagaimanapun, menurut mereka, satu kajian mendalam perlu dilakukan bagi mengesahkan perkara itu. - Agensi


           ---------------------------------------------------------                              


Koleksi Kisah Seram Kampus Dan Universiti





Koleksi Kisah Seram Kampus Dan Universiti Kisah-kisah seram semua ni Aku jumpa dari google, terus tergerak nak kongsikan dengan korang. Tak pasti ini kisah benar atau rekaan semata-mata. Layankan aje :)

Ermmm..aku dulu UitM Dungun.. batch june 2000...

Ni pasal bilik aku..no 211 kat kolej tasik A.Tapi skrg dah tukar nama...jadik tenggol A..nama pun dah buruk...hehe

sepanjang 2 tahun setengah aku duk bilik tu..mcm2 aku n org lain nampak...

Kisah 1

ni time aku baru masuk bilik ni..4 u all punye info..aku dapat bilik ni sesorang je... katil ade 4 tapi aku sorang je yg dapat bilik tu.member2 lain semua dapat roomate..aku je tak dapt roomate..ade lee senior tumpang sekali sekala..tapi tak penah tinggal lama.. aku pun tak tau pasal ape...

satu malam tu...aku tido sesorang..pintu aku tutup la.tapi tak rapat. n tak selak dari dalam takut kang ade member datang ajak borak...dalam tgh syok tido tu..ada org kejut aku..tolak2 badan aku..aku malas nak bukak mata sebab ngantuk sangat..tapi bende ni trus tolak aku ngan kasar sekali sampai aku terbgn n bile aku bangun..aku pun pelik le sebab takde org pun dlm bilik aku.,.dah le gelap...

tgh2 mamun lagi tu..aku dengar bunyi suis kipas tepi katil aku..TAP!! ade org tutup kipas maa!!!! terkejut gile aku!then aku pun bangun n trus lari kearah pintu nak pi mintak bantuan kwn2..tetibe pintu aku pulak tak bleh bukak!!!!! ade org selak pintu tu!!! padahal aku tak selak pun pintu tu...just tutup skett je.. tu pun tak rapat.then pas bukak selak tu..trus aku lari pi bilik kwn2..seminggu gak le aku tido merempat kat bilik kwn2 lain sebelum aku berani semula tido kat bilik aku balik...

Aku rase bende tu nak kenal2 ngan aku kot...die wat minggu wawasan siswa@ orentasi ngan aku...huhu 

Kisah 2

Time ni aku dah masuk part 2...aku tido sorang gak malam tu..then tgh tido tetibe aku tersedar...tai tak bangun la...just bukak mata jap..then pejam mata untuk menyambung tido...time aku tgh baru sambung tido tu....

muke n badan aku mengadap dinding bilik aku..mata tutup but telinga masih buleh mendengar..tetibe aku terdengar dari meja study aku bunyi org bancuh air..dengar bunyi org transfer air dari cerek to gelas..then bunyi sudu berlaga ngan gelas tu...kling kling kling....perhhh aku dah rase cam nak terkencing dah time tu...padahal kat meja aku tu tak pernah ade cerek,gelas or sudu(aku kalu nak minum pi order kat cafe jek!!,haha)

lama gak le.. dalam 2 minit camtu...then bunyi tu senyap..aku time tu mmg nak bangun n lari pi bilik lain dah..mmg dah ready sangat.time aku baru je nak bangun n lari..bunyi kerusi study aku terseret laa plak..sreeettt..bunyi cam org baru bangun dari kerusi tu..tu le aku rase time aku paling takut sekali seumur idup aku...rase lumpuh kaki tangan...padahal aku rase aku ni antara kategori pemuda yg agak berani gak la di Tasik A tu..haha

Tak cukup ngan tu...sambung plak ngan bunyi pintu loker kosong sebelah locker aku dibuka....kreeeoookkkk..mmg kuat gile...aku tetibe dapat semangat ape ntah..mampu bangun n buka pintu n lari pi umah bilik sebelah...member aku bilik sebelah bleh hemtam gelak tgk aku mengigil cam demam kura...tehn pastu seminggu lagi aku tido merempat kat bilik lain sebelum mampu tido sesorang semula kat bilik aku...uhukk... 

Kisah 3

Ni kawan aku punye cerite..

time tu awal part 4..ramai budak2 tak balik lagi..wing aku pun (kat kolej aku..satu level dipanggil ngan nama wing) ramai tak balik lagi...

bilik aku adalah bilik paling ujung wing aku tu..n member aku ni bilik die kat tgh2 wing aku..die baru sampai kat bilik die dari stesen bas..time tu dah magrib..n die sorang je budak wing tu yg dah sampai..budak2 bilik lain(termasuk aku) tak balik lagi...entah ape mamat ni pulun balik awal..tiket bas abis kot...

time die nak bukak pintu bilik die...tetibe die nampak aku! diulang..nampak aku!! tgh jalan dari tangga ujung wing aku menuju ke bilik aku n masuk trus dalam bilik aku...member aku cakap die mmg pasti yg tu aku..muke same giler..lagipun takkan tak cam kot..dah setahun lebih duk sekali.....

ape lagi..mamat ni pun panggil la aku..black!black!awal gile ko sampai oi!! tapi aku tak jawab pun..n trus bejalan masuk dalam bilik aku..mamat ni pun pelik la..sebab selalunye aku ni sporting orgnye..haha...die pun pi la kat bilik aku nak tanye kat aku..apsal sombong sangat..die pun bukak pintu..tgk2 kunci n bilik gelap bermakna aku tak balik lagi!!!!

member aku bile perasan je camtu..trus lari sambil menjerit2 panik pi blok satu lagi...mujur dah ade budak lain yg balik...2/3 hari gak la die tak bercakap banyak..bile nampak aku je muke die jadik pucat...cam aku ada bela hantu raya jek...iskkkkkkkkkk......

Kisah 4

kwn selang 3 bilik dari bilik aku yg nampak..(kisah paling seram)..

member aku ni bilik die selang 3 bilik dari bilik aku...n selalu bergayut ngan gf die time tgh malam..murah katenye..(time tu line celcom je yg wujud kat uitm dungun,keji kan)haha...tingkap bilik kami jenis yg sisir tu..ala kalu pecah 4 baris leh kuar kepala trus tu..so tingkap bilik die ni..cermin 4 keping dah pecah..so..die bleh kuarkan separuh badanye ikut tingkap tu le..katenye udara lebih segar n line celcom lebih clear...(tapi bile ujan merana,haha)

time tgh bergayut tu(di talipon ya..bukan di pokok)..die pun terpandang le kearah tingkap bilik aku..n did u know ape yg die bakal nampak??die nampak lembaga seiras pontianak..baju putih..rambut panjang..sedang mencangkung at the edge of my room's window..n sesaat kemudian terjun kebawah(untuk makluman..level kami adalah di tingkat 3,tingkat paling tinggi) sampai mengilai halus n trus ilang kat kaki bukit belakang kolej aku!!!!!!

member aku ni tergamam seketika..tapi die die mmg jenis berani n tabah gak le(cam aku)..so die tak panik sangat...die then berenti borak ngan gf die..letak pon n trus kumpulkan kwn2 aku dalam 3 org yg tak tido lagi n pi bilik aku..

to their surprise..bile dieorg bukak pintu bilik aku..dieorg nampak aku tgh tido nyenyak gile kat katil sesorang..mamat ni ingat aku takde dalam bilik time tu..pi lepak kat wing lain...ape lagi trus kejutkan aku n ceritakan semuanya time aku mamun2 n blur tu...

mlm tu dan 2/3 malam berikutnya.. aku tido merempat bilik org lain lagi..sebelum berani tido sesorang kat bilik aku....


        -------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Mayat Seorang Nenek Hidup Semula Setelah

 Dimasukkan Dalam Keranda


Mayat Seorang Nenek Hidup Semula Setelah Dimasukkan Ke Dalam Keranda | Seorang nenek yang sedang dalam proses untuk dikebumikan mengejutkan pekerja-pekerja di ruangan bilik mayat apabila ia didapati masih hidup di dalam kerandanya.

Maria das Dores da Conceicao, 88 kini dimasukkan kembali ke unit rawatan rapi hospital di hospital Municipal yang sebelum ini telah mengesahkan secara rasmi bahawa dia telah meninggal dunia beberapa hari yang lalu.

Pergerakan badan dan nafas rakyat Brazil itu dapat dikesan di dalam kerandanya, lantas dia dikejarkan semula ke bilik rawatan hospital bersama-sama kerandanya, di wad rawatan rapi yang merawatnya sebelum ini.

Cucu perempuannya Noeme Silva Amâncio, 31, merupakan antara ahli keluarga yang mula-mula sekali menyapa neneknya yang disifatkan sebagai "hidup kemabali" setelah disahkan mati beberapa hari yang lalu.

Wanita itu memberitahu "Semasa saya sampai di pintu masuk ruangan kecemasan hospital, saya terpandang nenek di dalam kerandanya, di dalam kereta mayat. Saya nampak nenek bernafas dan mampu bergerak lebih cergas dari saat dia mula-mula dimasukkan ke hospital"

Pejabat Datuk Bandar berhampiran ibu negeri Belo Horizonte, telah mengesahkan bahawa pihak polis sedang melakukan penyiasatan terhadap kejadian ini untuk menjelaskan pakah sebenarnya yang berlaku kepada ahli keluarga nenek berkenaan yang disifatkan masih lagi terkejut.

Satu kenyataan dikeluarkan menjelaskan bahawa Mrs. Conceicao telah dimasukkan ke hospital pada hari Selasa lalu dengan sejarah perubatannya yang menunjukkan dia menghidapi sakit darah tinggi, arteri tersumbat dan Alzheimer's. Nenek tersebut dibawa ke hospital selepas mengadu sakit-sakit.

"Sejak hari selasa 22 Disembar lalu, pesakit ini tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia masih hidup"

   -------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hantu Raya Dan 10 Tanda Orang Yang 

Membelanya!




Hantu Raya Dan 10 Tanda Orang Yang Membelanya! | Pasti ramai diantara kita yang selalu dengar tentang Hantu Raya bukan? hantu raya sering dikaitkan dengan orang dulu-dulu dimana hantu raya di bela untuk tujuan pertanian dan membantu tuan nya dalam apa jua masalah. 

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.

Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

Menurut blog yang mendakwa memetik kata-kata pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz yang disiarkan dalam sebuah tabloid, individu yang membela hantu raya boleh dikenal berdasarkan beberapa kriteria, antaranya:

  1. Takut bertentang mata apabila bercakap
  2. Gementar dan keluh kesah apabila berjumpa dengan orang alim
  3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh apabila berada dalam majlis ilmu
  4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka menjamu orang makan pada malam Jumaat
  5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luar biasa apabila melakukan kerja-kerja berat
  6. Apabila keluar rumah, orang itu tidak akan memberitahu ahli keluarga terutama isteri tentang hal itu
  7. Kerap membawa berpuluh-puluh telur rebus ke dalam hutan
  8. Apabila ada mesyuarat, orang ramai akan patuh dan tunduk dengan keputusan yang dibuatnya
  9. Mempunyai tenaga seks luar biasa ketika bejimak dengan isteri.

   ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7 Gambar Taman Neraka Yang Menyeramkan 

[18 PL]



7 Gambar Taman Neraka Yang Menyeramkan [18 PL] | Tidak pernah mendengar rasanya satu taman yang dikenali sebagai Taman Neraka. Kebiasaannya kita mendengar ada taman rama-rama, buaya, ular dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, ini adalah taman yang paling menakutkan yang pernah dilihat. Taman ini terletak di Bangsaen Beach di Chonburi, dimana terdapat sebuah kuil yang dikenali sebagai Wang Saen Suk. 


Ini bertujuan untuk menunjukkan pengunjung tentang hukuman jika buat dosa. Bayaran masuk ke taman neraka Wang Saen Suk ialah 20 Baht. Jom lihat gambar di bawah ini.







Taman neraka ini adalah merupakan kepercayaan oleh mereka di sana. Tetapi mereka juga percaya bahawa orang berbuat baik akan dibalas dengan baik, dan orang yang jahat adalah sebaliknya. Bagi mereka, taman ini memberi pengajaran dan satu bentuk gambaran.


   ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mayat-Mayat Yang Tidak Mereput - Apakah 

Rahsianya?



Saint John Vianney,Usia mayat 149 tahun,meninggal tahun 1859


Saint Teresa Margaret,usiamayat 238 tahun.meninggal tahun 1770


Saint Vincent de Paul,usia mayat 348 tahun,meninggal tahun 1660


Saint Silvan Died circa 350


6. Saint VeronicaGiuliani,usia mayat 281 tahun,meninggal tahun 1727


Saint Zita,usia mayat 736 tahun,meninggal tahun 1272


SaintJohn Bosco,Usia mayat 120 tahun,meninggal tahun 1888


BlessedPope Piux IX,Usia mayat 130 tahun,meninggal tahun 1878


Blessed Pope John XXIII,Usia mayat45 tahun,meninggal tahun 1963


Saint Bernadetteof Lourdes, Usia Mayat 129 tahun,Meninggal tahun 1879


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah Seram Hantu Langsuir Ditemui Di Kulim 

Hi-Tech



Kisah Seram Hantu Langsuir Ditemui Di Kulim Hi-Tech | Sememangnya makhluk halus wujud dalam pelbagai rupa dan bentuk. Banyak cerita-cerita yang kita sering dengari mengenai makhluk halus ini. Namun bukan semua orang mempunyai "kelebihan" untuk melihat makhluk halus ini. Jom kita baca berita mengenai penemuan Langsuir di Kulim Hi-Tech diceritakan oleh mangsa sendiri.

KULIM – Penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang, serba putih yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam.

Pekerja industri, Hamzah Mohamad, 32, berkata, dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya.

Menurutnya, lembaga itu sangat menggerunkan kerana ia dapat dilihat dari jauh. “Ketika kejadian saya baru sahaja selesai menghantar pekerja industri yang bekerja petang balik ke rumah.
“Saya kemudiannya menggunakan jalan pintas di hadapan Politeknik Kulim untuk ke Sungai Kob. Dari jarak 40 meter sebelum sampai ke selekoh masuk ke Taman Kulim Perdana, saya nampak kelibat seorang wanita berdiri di tepi jalan.

“Apabila jarak saya semakin hampir dengan selekoh itu, saya nampak dengan jelas lembaga itu bertenggek di atas paip air. Lebih menakutkan apabila dia memandang ke arah saya di mana kepalanya berpusing hingga ke belakang,” katanya.

Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya mahu dikenali Rosli berkata, lembaga yang dilihat selama ini adalah langsuir.

“Langsuir ini merupakan seorang wanita yang terbunuh ketika bersalin atau dibunuh. Mungkin lembaga itu pernah terbunuh dalam kemalangan di sekitar kawasan itu.

“Bagi mereka yang menggunakan jalan itu harus lebih berhati-hati kerana kecuaian atau terlalu memberikan perhatian kepadanya akan mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan,”katanya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------


Kisah Benar Yang Seram | Kereta Berat 

Ditumpang Pontianak


Kisah Benar, Cerita Seram, Hantu, Pontianak

Kisah Benar Yang Seram | Kereta Berat Ditumpang Pontianak | MENGHABISKAN cuti hujung minggu di Bukit Fraser, Raub, Pahang sudah jadi amalan Ghazli dan Fazlin (buka nama sebenar) serta tiga anak mereka sejak setahun lalu.

Kerjaya Ghazli sebagai pemuzik dan isterinya, penulis sesuai dengan suasana semula jadi yang ditawarkan kawasan pelancongan berbukit di Banjaran Titiwangsa ini.

Selain suasana alam semula jadi yang masih tidak dicemari pemodenan yang rencam, Fazlin cukup mengagumi suasana perkampungan seolah-olah di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

Banyak kali juga suami isteri ini mendengar cerita seram, pelik dan misteri yang dialami pelancong yang bertandang, maklumlah kebanyakan banglo serta hotel yang ada sedia wujud seawal era kolonial lagi, namun itu semua tidak pernah menjadi penghalang.

Bukit Fraser menyimpan pelbagai sejarah perjuangan orang Melayu sewaktu menentang penjajah Inggeris sejak 1917 hingga ambang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Antara kisah misteri yang pernah menyelubungi Bukit Fraser, termasuk pencarian seorang paderi Kristian dari Singapura pada 1917, Bishop C.J. Ferguson yang berjaya menemui ‘Bukit Fraser’ selepas berhari-hari mencari rakannya, seorang pelombong bijih timah, Louis James Freser yang dilaporkan hilang di dalam hutan itu.

Kerajaan Inggeris percaya Freser mati dimakan binatang buas atau dibunuh Orang Asli dan tubuhnya menjadi makanan mereka. Begitupun versi yang boleh diyakini menyatakan Freser dibunuh pejuang Melayu yang menentang Inggeris.

Memang sudah tertulis, setiap apa yang berlaku ada sebab tersendiri. Terpulang kepada manusia dan insan di bumi Allah SWT untuk mengambil iktibar.

Kali ini Ghazli dan Fazlin silap perkiraan dan lewat memulakan perjalanan iaitu hampir Maghrib. Biasanya mereka akan mengelak mendaki Bukit Fraser dalam suasana gelap kerana jalan yang sempit dan sukar ketika berselisih kereta, banyak selekoh berbahaya dan curam. Jika sesuatu berlaku sukar juga hendak mendapatkan bantuan.

Nekad meneruskan perjalanan, kira-kira setengah jam memandu, sebaik melepasi kawasan tadahan Empangan Kuala Kubu Bharu, mereka berasa seperti sesuatu yang tidak kena dengan kereta yang dipandu.

Anak kedua mereka, Nayli, 6, sejak tadi resah dan takut. Fazlin memujuk sambil menyuruhnya cuba tidur seperti abang dan adiknya.

Fazlin sendiri tambah gusar kerana baru hari pertama datang bulan, suami pula senyap dan langsung tidak bercerita, malah cukup serius memandu. Sebelum ini, tidak pernah pula dia begitu. Enjin kereta terdengar mengeram kuat tetapi kelajuan hanya 60 kilometer sejam (km/j). Berpeluh Ghazli menekan pedal minyak tetapi kelajuan tetap sama. Pelik, padahal kereta baru dihantar servis. Bukit Fraser pun belum dipanjat lagi.

Bulu romanya tegak berdiri, dalam hati kalimah dan ayat suci serta Ayatul Kursi menemani mereka sepanjang perjalanan.

Jangka waktu 20 minit sebelum sampai ke Gap dirasakan terlalu lama. Perasaan sesal dan bimbang bercampur baur. Apa pula musibah yang bakal menimpa mereka sekeluarga.

Sebaik melepasi selekoh lokasi tragedi Sir Henry Gurney dibunuh, kenderaan tiba-tiba meluncur laju. Tiada lagi bunyi enjin mengeram, ringan dan lancar. Ghazli dan Fazlin masih membisu sehinggalah mereka tiba di menara jam di tengah pekan Bukit Fraser.

“Nampak tak apa yang saya nampak?” kata Ghazli dengan wajah serius. Fazlin dengan wajah pucat dan suspen sekadar menggelengkan kepala.

“Benda tu terbang dan melintas betul-betul depan kereta kita dan terus lenyap ke dalam hutan dekat selekoh tadi...” kata Ghazli lagi sambil meraut muka dengan tangan. Rupa-rupanya kereta mereka ditumpang makhluk yang dikenali sebagai pontianak.

“Patutlah abang diam semacam saja, rupanya makhluk itu cuba mengusik kita sekeluarga. Barulah saya faham kenapa orang tua kita tidak galakkan keluar rumah waktu Maghrib, inilah mungkin sebabnya.”

Selepas kejadian itu, Ghazli dan Fazlin serik dan akan memastikan mereka akan naik ke Bukit Fraser hanya pada waktu siang.


         --------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah Benar Yang Seram Apabila Roh Tidak

Tenteram Di SANA



misteri seram, hantu, roh

Kisah Benar Yang Seram Apabila Roh Tidak Tenteram Di SANA | Kisah ini diceritakan oleh sekeluarga yang mengalami situasi seperti yang diceritakan. Namun kesahihannya tidak pasti kerana Dr Fuh sendiri ambil dari laman sesawang lain sebagai rujukan. Sama-sama kita jadikan pengajaran dan tauladan.

Ibuku hanya terpaku apabila mendengarkan berita sedih itu. "Kami harap Cik Rahmah banyakkan bersabar," nasihat anggota polis yang membawa berita berita sedih kepada keluarga kami pada petang itu, berita kematian bapa saudaraku iaitu adik ibuku. Walaupun umurku baru 12 tahun, namun aku masih ingat segalanya. Ia berlaku dalam tahun 1972. 

Pakcikku menemui maut dalam satu kecelakaan jalan raya di Jalan Bahar. BEliau menunggang skuter bersama isterinya yang sedang sarat mengandung enam bulan, anak sulung mereka. Pakcik ku yang kami panggil "Pak Su" baru berusia 33 tahun ketika beliau pergi meninggalkan kami. Masa itu keluarga kami tinggal di Pepsy Road di Pasir Panjang, berdepan dengan Masjid Islah. 

 Apabila malam tiba, keadaan begitu gelap dan sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerek dan unggas malam. Hanya sesekali terdengar bunyi kenderaan berlalu - kenderaan yang dimiliki oleh orang kampung tengah yang terletak tidak jauh dari rumahku. Sesekali terdengar bunyi salakan anjing. Semasa hidupnya, pakcikku adalah seorang yang peramah, mesra dan periang. Bergurau dan bersakat dengan kami adik beradik adalah antara kegemaraannya. Beliau juga suka menunggang skuter dengan laju. Sering ibu dan ayahku menegur cara beliau menunggang skuter. Namun pakcikku tidak menghiraukannya. 

 Pada suatu hari aku terdengar ibuku memarahi pakcikku,"Kau jangan degil, nanti kau mati pun dengan skuter ni!" Mungkin benar kata orang, seseorang yang mati secara mendadak seolah olah terasan kerana tidak dapat berpesan atau meninggalkan wasiat. Mayat dan roh mereka dikatakan seolah olah tidak tenteram. 

Setelah tiga hari dikebumikan, kami sekeluarga sering didatangi roh arwah pak su. apabila masuk waktu maghrib, kami selalu ternampak semacam imbasan beliau dibilik belakang tempat beliau dimandi dan dikapankan. Adakalanya kami terdengar seperti suara beliau berbual bual, bunyi skuter beliau dan jugak bunyi siulannya. Yang paling menghairankan kami, walaupun sudah hampir dua minggu berlalu, namun bau pacai dan setangi yang kami gunakan untuk menguruskan mayat beliau masih kuat baunya. 

Yang masih kuingat, kakak dan kedua dua abangku sering diganggu pak su, kerana semasa hayatnya pak su begitu mesra dengan mereka. Kakaklah yang sering melihat bayangan pak su. Abang abangku pula sering diganggu semasa tidur, dicuit cuit dihidungnya - kebiasaan pak su semamsa hidupnya. Ibuku pulak sering terdengar bualan dan siulan adiknya itu. Isteri almarhum pula sering terngigau-ngigaukan beliau. Beliau sering bermimpikan arwah pak su memesan agar beliau menjaga anak yang bakal dilahirkan itu dengan sempurna. 

Pernah juga isteri beliau terjaga kerana bermimpikan arwah pak su datang berjumpa dengannya lalu menunjukkan bekas jahitan post mortem pada tubuhnya. Masih ku ingat ketika itu isteri pak su terjaga pada tengah malam sambil memekik nama pak su dan di ikuti dengan salakan anjing yang mendayu dayu. Sungguh menyeramkan ketika itu. 

Mungkin benar kata orang, roh orang yang baru mati akan berada didalam rumah selama 40 hari. Kami sering mengaji dan membaca yasin serta berfatihah untuk disedekahkan kepada almarhum. tetapi kami hairan mengapa rohnya seolah olah tidak tenteram. Apa yang menghairankan kami lagi ialah pada setiap hujung minggu ketika abang dan seorang lagi pakcikku menziarahi kubur allahyarham, terdapat lubang dihujung kaki atau dibahagian kepala kubur beliau. 

Menurut pakcikku yang sorang lagi, lubang tersebut begitu dalam. Beliau cuba menyucuk lubang itu dengan kayu sepanjang 4 kaki dan dilepaskan, batang kayu itu terus jatuh kebawah. Yang lebih menghairankan, apabila lubang dibahagian kakinya ditutup minggu ini, akan muncul pula lubang dibahagian kepalanya pada minggu depan. Begitulah keadaannya berterusan. Kami pula sering berasa ketakutan - terutama sekali aku dan kakakku. Mentelah lagi salah sorang sahabat karib pak su pula dikatakan terkena "badi" beliau. Entah macam mana, dengan izin Allah swt. masuk minggu ketiga, nenekku (kini sudah arwah) bermimpikan pak su memberitahunya supaya membersihkan bilik bekas beliau dimandi dan dikapankan. 

Menurut arwah nenekku, pak su memeberitahunya bahawa bilik itu tidak dibersihkan dengan betul. Masih terdapat bekas bekas darah dan air mandi beliau yang bertakung dibawah tikar getah dalam bilik itu. Memang benar seperti kata Allahyarham didalam mimpi arwah nenekku. Keesokkan harinya , kami sekeluarga membersihkan bilik tempat Allahyarham dimandikan dan dikapankan - ternyata masih terdapat bekas bekas darah dan air mandi beliau yang masih lembap dibawah tikar getah itu. Ayahlu terus membakar tikar getah itu dan abunya ditanam. Kami sekeluarga lantas membersihkan bilik itu dengan lebih sempurna lagi. 

Hairannya, setelah itu kami sekeluarga tidak lagi diganggu. Kini sudah tahun berlalu, anak didalam kandungan makcikku dulu sudah pun dewasa menjadi seorang anak gadis yang cantik dan manis. Aku juga tidak pernah lupa mendoakan al fatihah untuk allahyarham pak su setipa selepas solat.


         ----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah Seram Dan Misteri KLIA



Kisah Seram, Misteri KLIA

Nampaknya ramai juga minat dengan cerita mistik dan misteri. Jadi atas permintaan ramai, kami akan terus mencari sumber cerita-cerita misteri dan akan cuba untuk sampai kan sekurang-kurangnya 3-5 entri setiap minggu. Jadi hari ini, kami ingin berbicara tentang KLIA, Lapangan Terbang Penuh Misteri. Sebelum nak berbicara cerita misteri dan sejarah tempat ini. Sebenarnya, (merujuk pada sumber) tapak lokasi ini merupakan sebuah kawasan Orang Asli dan juga terdapat Ladang Kepala Sawit. Walaupun banyak bantahan tentang pembinaan Lapangan Terbang ini, akhirnya ianya siap dibina dan beroperasi dengan cemerlangnya.

Sejarah KLIA dari Wikipedia : 

KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.

Semua cerita ini boleh didapati di forum CARI tetapi kami cuma ambil dan kategorikan kawasan-kawasan di KLIA yang mereka di forum nyatakan supaya lebih senang untuk dibaca : 

1. Bilik Maintenance Staf KLIA

-kat dlm maintenance kita org..dah ada ramai gak jumpa..yg nie member aku perempuan dia pernah nampak masa keja shift mlm.ni masa tido la sbb we all on standby if xde problem system boleh la tdo sampai pg..yg member aku jumpa nie budak lelaki yg sorang jumpa kat hujung tilam tgh duk mencangkung ngadap dia kat area kelopak mata tu putih mcm lotong tu..yg sorang lagi sama gak tp betul kat tepi tilam sederet gn kepala member aku nie..member tercelik mata nk pusing masa tido tp tetiba benda tu jenguk betuk2 kat muka member aku nie..yg member nie terus bangun kejut member yg 2 org lg shiftmlm tu suh alihkan tilam terpaksa tido dekat2 gn budak2 lelaki...lepas dia baring kat bahagian lain masa dia org nk lelap balik dengar org jln berlari2 kat tp tilam.member yg lelaki ni suh sume bangun alihkan tilam dr menegak kena melintang lps tu baru ok..benda tu xkacau..

yang pengalam aku sendiri masa mula2 keja kt klia bila tido mlm asyik dengar tapak kaki org jln jer.lps tu pintu bilik maintenance asyik ada org kuar masuk..kita org bila ada org komplain pasal system problem mesti dia org akan cal dulu so we all akan p kat tempat system tu la..yg nie xde org komplain tp pintu tu asyik bukak tutup jer..lps tu benda tu suka jln kat tepi tmpt aku tido..aku tido kat belakang kat area locker...mula2 ingat member asyik amik brg dlm locker..bila tanya member dia kata mana ada bangun pon..xlama lps tu ramai pulak member2 opis duk citer pasal benda nie memang dah lama,...sekarang bila tdo kat bilik tu time shift mlm mesti aku selubung terus gn selimut lps tu tutup muka terus gn bantal.xnk tgk benda2 tu...sbb aku tdo kat tmpat yg member aku jumpa "benda" tu 

2. Gate C 

- C34 : hmm... penah gak berkampung kat klia tu sbab ada event kena pi sambut delegates dari luar. kul 3 pagi gi jemput org kat gate. kitorang dapat special pass bole pegi sambut kat gate. ada gak ground crew yg citer gate paling hujung C34 ke apo ntah, kengkadang menda tu kaco diorang masa nak prepare gate tu. :L tapi mmg seram laa kul 3-5 pagi tu manusia kurang time tu.

-C21 : mmg kat sat tu sunyi coz biasa pas kul 3 camtuh xde kapal sgt pon..dah tu kdi2 pon kul 1 camtu dah tutup kec ada la 2-3 cafe yg buka..tingat xperien member aku 5-6 tahun lepas. dia keje dept acc utk kedai duty free..opis dia kt atas gate C21, keje dia kira & record total sale for the day so mlm tu nak jd citer dia kena keja sorang coz partner dia cuti, xde org cover..da setel kira2 duit & wat report sumer dia pon standby r nak tdo .(nama dia za)..x lm lps dia lelap tu tetiba dgr suara panggil - 'za..oh za..' dia punya la cuak..dah sah2 dia sorg jer dlm opis tu, so dia senyap jer la di balik selimut..lm gak sore tu dok panggil2 dia last2 dia dgr sore tu ckp 'tido ker..xper lah bye..''..xtdo dia dlm opis tu,trus g surau coz kdg2 ada gak makcik cleaner tdo kt surau tu.. aku dgr dia citer pon meremang..apa taknye siap tau nama tuh..agaknya dah mmg port dia kot opis tu, hari2 org yg sama keje spi tau nama kwn tu..

-C17 : Teringat dahulu semasa kerja dengan malaysia airports niaga.Keja pulak ader shift.Pastu kadang jaga kiosk kat gate C21 atau C17 seram giler:mad:
Pastu nak dijadikan citer,ader 1 malam tu sebelum puasa tahun 2007.Aku nak balik dah tgh kemas2 gondola lepas recount duit.Pastu aku g la jumpa mmber aku kat kedai Dunhill..menuju gate C31-C37,masa tu flight Cathay Pacific CX0057 dah 1 jam lebih boarding.Pas g jumpa member aku tuh aku pun g lah toilet near travellator tuh.Aku tgk takder orang lengang gile floor tu:mad:gate pulak sume dah closed.Kuar toilet tu aku terdengar org koll nama aku dari mezzanine floor satellite.Aku tgk takder orang masa tu restaurant Rimba tu pun takder orang...seram gile. 

3. Jalan Raya Sekeliling KLIA

-yg ni plak diceritakan oleh member baik ev...citer ni pon dh lama, tp time tu klia dh buka dh...terjadi kat sedara dia....ev x ingat sedara dia yg pompuan yg laki tu...ev andaikan yg pompuan lah....citernya, tetiap pagi around 3-4 am, sedara dia akan antar asben dia gi keje kat klia tu, bwk anak2 diorg yg tgh tido skali (2 org) letak kat seat blkg...ada 1 pagi tu, on da way nk balik umah(pas dh antar asben dia),tetiba sedara dia tgk ada sorang pompuan rambut panjang duduk kat seat sebelah dia sambil perhati dia....mmg dia kecut giler...tp dia maintain bwk keta tu....sepanjang perjalanan sampai kat umah pompuan rambut panjang tu still dok perhati dia...waktu dia buka pintu gate umah pon, pompuan tu ada lam kete lg dok perhati dia....dia bwk kete masuk umah pun, pompuan tu camtu gak....then, dia pas dia bwk anak2 dia masuk umah, dia mengintai kat tingkap nk tgk pompuan tu ader lg ker tak....x silap lama gak dia tggu, tgk2 pompuan tu menghilang ikut bumbung keta....

-Sebenarnya bukan pengalaman member aku je, tapi aku ada jugak masa tu, dalam satu keta dengan 2 orang member aku. lepas lepak kat bukit tinjau (bukit dekat dengan KLIA untuk tgk kapal terbang turun naik), kami balik ke rumah kawan aku kat sepang. On the way balik tu, dok rancak berborak, radio plak member aku saje kuatkan..masa lalu kat jalan KLIA tu (aku tak hengat kat area mana, tapi berhampiran dengan KLIA), ada kain putih lintas depan kereta kami..memang jelas nampak kain putih macam dok berkibar lalu depan cermin kereta kami.kebetulan aku dok kat belakang, 2 orang lagi member aku dok kat depan, nampak kain tu..terdiam aku jap.ingatkan aku sorang je yang nampak, member aku yang drive tu pun nampak jugak.tu sbb dia tiba2 padamkan radio keta. member aku yg sebelah dia ni, masa kejadian dok toleh blkg borak dgn aku..tu sbb dia tak perasan..lepas je kejadian tu, aku dengan member aku(yg drive) senyap..member aku lg sorang ni pelik sbb tiba2 kami senyap..

Ingatkan lepas dari tu dah tutup buku..tapi malam tu masa aku tido reramai dengan member aku kat ruang tamu, aku dengar member aku(yg drive) tu dok berdialog dengan 'seseorang'..aku tak dapat tangkap bahasa 'seseorang' tu..walhal dua orang yang berdialog tu datang drpd orang yang sama iaitu member aku(yg drive). 'seseorang' tu tak sama macam suara member aku, garau skit. aku agak la bahasa yg 'seseorang' tu cakap mcm bahasa orang asli. ntah kenapa aku rasa mcmtu..yg aku dengar drpd suara member aku, "aku tak kacau engkau"..member aku siap baca surah hape ntah masa dialog tu..

esok pagi aku tanya member aku, dia sedar tak malam tadi? dia kata tak..Alhamdullillah, lepas je kejadian tu, takde benda-benda yang pelik jadi..

4. Parking Underground KLIA 

-ada org sudah jumpa antu apek kat parking klia mintak duit kecik nak bayar parking...siasat punye siasat, rupa2nya apek itu sudah mati bunuh diri kat area situ dgn terjun bangunan (kalo tak salah laaa..) & org yg bernasib baik aje akan ditegor apek ni...

5. Gate 2

-ustaz ismail kamus dtg klia neh buang hantu kat gate G2...hantu tuh tinggal kat gate G2 tapi kalo mlm2 dia suke kacau staff2 mas yg duk kat ofis hospitality yg kat sblah gate G2 tuh...dia usik2 telinga pastu cuit2 lengan staf2 dlm tuh...kalo u ols dengar citer member aku tuh sure korang pon meremang bulu roma.....:L 

6. Aerotrain KLIA

-hujung thn lepas member aku nak masuk bertugas blk kat satelit lepas ambik time rehat...dr mtb ke satelit kan kene naik aerotrain kan...dia duk dlm gerabak tgh....bile lalu kat terowong dia toleh kat seat kat hujung gerabak lagi 1 dia nampak sorang lembaga duduk tundukkan kepala...rambut panjang sampe kaki...duduk keras x toleh kiri kanan....membongkok..member aku neh trus baca segala mcm ayat2 quran yg dia ingat...dan trus x pandang balik kat tempat mende tuh duduk....aerotrain stop jek kat satelit trus dia berlari keluar.....

7. Surau dalam waiting Hall (ntah gate mana satu)

-Cite ni experience aku mase skolah dulu2 ... aku kalo cuti pendek2 balik umah naik flight je ... skolah jauh kt kelantan nun ... so ade skali tu ... aku nye flight pagi ... kul 7 lebey kalo x silap ... so awal2 lagi kena check in la ... ari tu aku balik sorg2 sbb aku x balik time cuti balik bermalam (dak2 mrsm bese nye x ley balik ujung minggu kecuali cuti balik bermalam) ... ada family emergency time tu ...

Sebelum subuh parents aku da anta aku gi KLIA ... aku ni dulu2 kalo time nk balik asrama ... aku nk cepat2 check in sbb kalo lame2 tunggu ngn family aku rase sedey2 ... hehehe ... bese la x biase dok berjauh ngn family sblm ni ... kalo KLIA tu da check in ... pagi2 sunyi ... walopn time tu da lebey kurang time subuh ... still x de org ... pas da check in ... aku lepak kt surau yg kt dlm tu ... tp mase aku solat subuh ... something yg aneh ar berlaku ... aku cm dengar bunyi paip terbuka cm oprg berwudhu' ... pastu mase aku rakaat kedua ... aku dengar org takbir "Allahu-Akbar" nk start solat n sentuh bahu aku cm masuk masbu' nk solat berjemaah la ... aku pun cm lek2 je la ... smayang cm bese ... imamkn la 'org' tu ... tp bile aku bagi salam ... aku tgk x de sape sebelah or belakang aku :funk: :funk: :funk: :funk: ... 

Aku ni ape lagi ... cepat2 baca doa ... terus kuar surau tu ... cm kelam2 kabut ar ... pastu mase aku kuar ... ade org masuk surau tu ... staff klia kot sbb pakai uniform ... dia tanye nape aku kelam kabut ... aku x sempat nk ckp ape2 ... dia terus senyum ... ckp "pagi2 ni bkn manusia je yg bersolat ... jin Islam pun ada dik" ... aku senyum kambing je la ... pas da siap2 pakai kasut ... aku terperasan aku tertinggal 1 beg dlm surau tu ... aku masuk balik nk amek ... tp surau tu da kosong ... brader yg tegur aku td tu pn da x de ... so sape yg ckp ngn aku td

8. Jungle Walk (Bilik Intai)

- area taman tu namanya jungle boardwalk. menurut urban legend yang diceritakan oleh kawan ash, kat situ ada kubur orang asli yang tak boleh dipindahkan. so diorang buat la cam konsep taman dalam airport :lol: taktau la kebenaran citer ni api awal tahun aritu memang jungle boardwalk ni ditutup sebab ada kes histeria. skang ni baru bukak balik. tapi memang are kat bangunan satellite ni feymes di kalangan staf KLIA sebagai building paling berhantu. kalau staf2 yg penah keje floor kat sini dulu citer memang seram kalau syif malam kat sini especially bila takder flight. tersangat la sunyi dan bermacam2 penampakan ada ;P 

9. Tingkat 5, Tempat Berlepas.

- lagi satu kisah benar yang diceritakan oleh sorang senior staf. hehe. kalau korang perasan la kan, kat level 5 main terminal building tu ada cam malaysia airports buat exhibit sikit (structure kaler oren kat gate 3/4 tuh). dulu ada satu gambar kat situ, boleh tengok cik pon. gambar tu gambar salah satu air terjun kat malaysia ni pastu punyala feymes gambar cik pon ni sampai ramai gila org nak tengok tiap2 hari.

tapi skang ni diorg dh tukar gambar tu sebab macam dh jadi rusuhan plak. staf yang citer kat ash ni cakap dia sendiri pegi tengok gambar cik pon tu. memula memang tak perasan tapi sekali bila dh 'nampak', memang seram giler. sebabnya cik pon tu betul2 pandang kamera so memang cam cik pon tu tengah tengok kita la. sampai ada yang histeria katanya.. :L teringin gak ash nk tgk gambar tu tp xder sapa tau mana pg dah. structure tu still ada tp gambar semua dah totally different skang :( 

10. Bilik Satelit 

Satu kes lg mmbe aku nmpak ada sorang bdk lambai2 kat dia dari jauh dkt celah pintu, lorong kemana ntah. Pelik jgk mcm mana bdk bole masuk satellite lg2 tpt kawasan larangan. Apatah lg tgh2 mlm masa tu. Mmbe aku pn kejar la bdk tu.. Bila smpai situ bdk tu dh hilang. Mmbe aku masuk la lorong tu, mmg sunyi giler la(aku pn x pnah lalu situ) bilik2 yg ada dlm tu sumer dah x beroperasi. Sorg staff engineering yg kebetulan lalu berdekatan area situ bgtau, hantu bdk tu la yg byk mengganggu staff2 dlm bilik tu bbrp thn dahulu. Apalagi, terus demam mmbe aku 3hari.. 

p/s : kesahihan cerita tak dapat dinafikan. Tetapi banyak lagi sebenarnya cerita di KLIA ini seperti antaranya depan KFC tetapi ceritanya agak kurang releven. Jadi apa-apa korang jangan rasa takut, kuatkan iman anda.

       ----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah Benar Pocong Di Cameron 

Highland!



Kisah Benar Pocong Di Cameron Highland! | Pada 16/02/08, kami sekeluarga awal2 pagi dah bertolak ke cameron highland melalui lebuhraya utara selatan, melalui simpang pulai. perjalanan sangat menyeronokkan wife dan anak2, mereka boleh suka2 hati minta berhenti dimana2 untuk membeli buah, jajan dan sebagainya. yang tak berapa seronok adalah aku yang menjadi driver dan terpaksa membayar. tapi bila keluarga happy, aku tak peduli semua tu, akupun HAPPY.


kami check in disebuah hotel di brincang. cuma 3 bintang sahaja termampu. kedudukannya diatas bukit ditengah2 pekan brincang amat stategik. untuk ke pasar malam, masjid, medan selera, bank, kfc dan sebagainya cuma beberapa minit berjalan kaki (tapi kesemua tempat aku bawa kereta da...). yg aku suka ia terpisah dengan hotel2 kecil yg berebut parking dan riuh rendah. bilik hotel kami sangat luas dengan adanya balkoni dan ruang santai yg besar.

selepas check in, kami berehat seketika dan menunaikan ibadah. kami keluar jalan2 mencari strawberi, madu, teh dan sebagainya. semua tempat menarik kami redah. alhamdulillah semuanya berjalan lancar sebab pengalaman sebagai orang HR mengajar aku menyusun aktiviti dengan baik. apatah lagi aku dah buat survey awal melalui internet dan bertanya kawan2 yg dah pergi. malas cerita lanjut tentang hal aktiviti kami sebab tajuk kali cerita hantu.

sebelam malam, selepas menjelah pasar malam brincang, kami kembali ke bilik melayan asterol, anak2 layan kartun. sambil2 kami makan jagung, cendawan goreng, keropok, strawberi, buah2 dan sebagainya. aku mengambil peluang mengupload gambar dari digital camera ke komputer. beratus gambar ambik, aku suka ambik gambar keletah anak2 yg begitu happy. gambar aku less than 10 pcs.

hari dah lewat, pika yg masa itu masih menyusu badan dah tidur bersama2 umminya. cuma tinggal aku dan luqman. luqman masih galak layan tivi, masih culas nak tidur walaupun disuruh. ala budak2 mana faham gelodak jiwa ayah mereka dalam kedinginan malam ini. untuk mempercepatkan luqman tidur, aku cuma pasang lampu kecil sahaja. tapi luqman masih galak meninton tivi, "berubah tempat tidur, tu yang susah lelapkan mata barangkali" getus hati aku. malam merangkak tua, suara anjing gelandangan menyalak kedengaran begitu sayu, sesayu hati aku yang masih belum menyempurnakan kewajipanku. aku kemudian mengumpan bancuhan susu supaya luqman tidur. dia masih boleh gelak menonton telatah kartun sambil menghisap susu botolnya. at last.... aku cakap "luqman, tidur ye. esok pagi kita nak gi ladang teh, nak tengok rama-rama, nak cari ais krim strawberry macam makan tadi. kalau lewat tidur nanti lewat bangun". luqman cakap "ok". aku menutup tivi menggunakan remote control padahal tivi memang depan mata je.

tiba-tiba......
aku lihat luqman memalingkan muka ke bawah dengan keadaan badan yang menggigil-gigil. aku ingat dia merajuk aku tutup tivi. aku cuba memalingkan mukanya. lagi teruk dia meronta2 dan enggan tengok ke arah aku. aku angkat luqman letak atas riba, perasaan bersalah wujud kerana menutup tivi. aku tanya "luqman nak tengok tivi lagi ke". luqman geleng. aku cakap "tengok muka ayah". luqman cakap "luqman takut!". ada sedu dan ketakutan disuaranya. aku peluk dan tanya lagi "takut apa? ayah ada.". aku dekatkan luqman didada aku dengan kepala di leher aku. "cakap...takut apa?" aku cakap. luqman bersuara agak lemah "ada kakak rambut panjang atas tivi. dia tengok luqman".

toksah cerita lah betapa gugupnya aku ketika itu. bulu roma dan bulu pundak dah meremang. dalam berani2 takut, aku cuba memerhati apa yang ada diatas tivi. gelap. samar. aku cepat2 menggunakan mata ketigaku untuk memerhatikan tempat itu sekali lagi. suasana masih gelap, tapi aku dah dapat melihat dengan jelas. masa kali pertama tengok, aku lupa aku tak pakai cermin mata. he.3x... (jangan gelak, ini cerita hantu, bukan cerita lawak).

aku suruh luqman tengok betul2, ada apa2kah lagi diatas tivi, dengan sebelah mata dan kedua2 tangan masih dimuka, luqman menjeling. dan.... luqman berkata "ayah.. kakak senyum kat luqman". aku memeluk luqman dengan erat, sambil mata menjeling kearah tivi, dan sesekali menjeling kearah wife dan pika yang masih nyenyak dibuai mimpi. penat sangat barangkali dua beranak ini meredah bukit dan berjalan kaki tadi.

sambil2 itu, mulutku terkumat kamit membaca surah-surah al quran, dan tidak terkecuali ayat kursi. habis bacaan surah, aku hembuskan ke arah luqman dan ketangan aku. dengan mata yang masih terpaku ke lembaga yang tak kelihatan, aku mengusap tangan yang dihembuas bacaan surah2 lazim itu keseluruh tubuh luqman. sebagai pendinding dan untuk menenagkan luqman. alhamdulillah, badan luqman berhenti menggigil, tapi rangkulan tangannya masih kuat ke badan aku. aku letakkan luqman dibawah, dan dengan mulut terkumat kamit membaca ayat2 suci Al-Quran, aku berdiri betul2 dihadapan puaka yang tidak kelihatan itu, aku baca Ayatul Kursi dengan agak kuat dan aku hembuskan.

aku kembali ke arah luqman, dan memintanya melihat 'kakak' itu, luqman membuka mata dan berkata "kakak dah takde ayah...". aku suruh luqman tengok sekeliling bilik, dan luqman tidak menjumpai 'kakak' itu. aku baringkan luqman kembali.

kemudian aku mengambil wudhu' dan surah Yassin yang memang selalu ku bawa ke mana2. aku pasangkan satu lampu agak lebih cerah, dan aku bacakan surah Yassin. dalam sila yang kemas, aku letakkan luqman dipangkuan. aku bacakan surah Yassin dengan sebiji botol air mineral 500ml yg terbuka penutupnya didepanku. selesai bacaan, aku menghembus kearah air, sambil mengulang ayat2 yang terkahir, dan menghembus lagi. aku letakkan luqman, dan aku berjalan ke setiap penjuru bilik sambil merenjis2 air bacaan Yassin tadi. aku juga menyuruh luqman meminum sedikit air Yassin tadi.

Alhamdulillah, malam itu beransur tanpa ada gangguan lain, aku risau juga dengan tindak balas syaitan yg memang berdendam dengan anak cucu Adam.

keesokkan harinya, awal2 pagi lagi, aku dengar luqman bercerita kisah dia melihat 'kakak' kepada umminya. aku buat endah tak endah. disebabkan wife malas bersarapan diluar, aku keluar membungkus sarapan seorang diri. masa sarapan, wife cuba memulakan perbualan mengenai hal diceritakan luqman. aku tangkas memangkah percakapan isteri. "jangan mengarutlah! luqman mengigau je tu." suara aku agak keras menjawab. isteri terkedu, dan dia tahu lebih baik dia diam jika kedengaran suara aku agak keras. dan cerita2 itu tidak kedengaran lagi. selepas sarapan, kami enjoy ke sekitar cameron highland.

pada 18/02/2008, lepas keluar jalan2 sekitar pekan brinchang, kami check out. bilamana kereta melepasi kampung raja, barulah aku memulakan bicara mengenai kejadian menimpa luqman. "ayang cakap apa hari tu? luqman cakap dia nampak kakak rambut panjang?' aku memulakan bicara. wife menjawab "ingat abang tak percaya! hari tu abang marah". aku meyuruh isteri bercerita, dan isteri dengan petah bercerita dan sesekali menyuruh luqman bercerita kepada aku. aku dengar dengan penuh minat.

aku kemudiannya bersuara "abang dah tau, masa luqman nampak 'kakak' memang abang ada. aku ceritakan the other side story. terpaku wife aku dengan kehebatan aku yang saja direka2 tu (he.3x). "kenapa hari tu cakap je abang marah" wife berkata dengan suara seolah merajuk. aku jawab "abang tak mau ada apa2 musibah. kita didalam kawasan rumah 'dia'. buat apa nak cakap2 pasal dia, nanti lagi 'dia' kacau kita. abang cuba ikhtiar suruh dia jangan kacau kita je. abang bukan bomoh nak lawan2 dengan dia. tok ayah ada pesan, kalau dia ada dalam rumah kita, kita musnahkan. kalau kita dirumah dia, kita elakkan pertembungan. ni abang cakap sebab kita dah diluar pengaruh dia".

aku tambah lagi "pasal hotel tu berhantu, abang dah tau awal. razman dah cakap masa abang bagitau nama hotel tu. ada kawan dia pernah kena. cuma abang malas nak fikir. kalau abang bagitau ayang psl razman cakap dan kejadian malam tu, abang yakin kita semua akan ketakutan dan kita tak enjoy bercuti ni". kami semua diam dan meneruskan perjalanan. dalam hati berkata, aku akan datang lagi ke cameron highland, tapi bukan ke hotel tu.

tamat.

sumber:http://www.fuh.my/

No comments:

Post a Comment